http://aqm.my/new/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/841873685716main5.jpg http://aqm.my/new/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/435115648523main2.jpg http://aqm.my/new/components/com_gk2_photoslide/images/thumbm/406942394298main4.jpg
Monday, 27 April 2015

Permohonan Segera

>> Muat-turun Borang Permohonan Kemasukan 2015

(Sila klik pilihan ikon di bawah)

>> Cara Memohon (Sila klik)

>> Syarat Minima (Sila klik)

 

Kompilasi Maklumat Permohonan

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Perhubungan

Akademi Al-Qur'an - Medic Malaysia
No.7, Jln 2/1D, Seksyen 2,
Bandar Baru Bangi,
43650, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel:   +603-8926 7045
No. Faks: +603-8926 7043
E-mel:    admin@aqm.my

GPS: 2.943668,101.773185
Peta lokasi (sila klik)
Peta google (sila klik)

Keputusan Rayuan e-Timur Tengah

Keputusan Rayuan e-Timur Tengah akan dikeluarkan pada 30 April 2015 (Khamis).
Sila ambil perhatian, jika anda menunggu keputusan rayuan kemudian barulah anda mengambil tindakan untuk penyediaan dokumen, anda berkemungkinan tidak sempat untuk menyiapkan dokumen untuk diserahkan pada 8 Mei 2015 (Jumaat).
Kerana 1-4 Mei adalah hari cuti untuk Institut Terjemahan Bahasa Malaysia (cuti umum Hari Pekerja & Hari Wesak). Penyediaan terjemahan dokumen mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu (7 hari bekerja). Tambahan, anda perlu mendapatkan cop Bahagian Konsular Wisma Putra, di Putrajaya.
Mohon disegerakan penyediaan dokumen dan serahkan kepada pihak AQM.
Maklumat lanjut sila hubungi En Khairudin 019-225 3739.

Harap maklum.


Rayuan Permohonan Atas Talian e-Timur Tengah

PEMAKLUMAN : Rayuan permohonan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi kemasukan 2015/2016 akan dibuka pada 20 April 2015 sehingga 26 April 2015.
Sila Layari www.moe.gov.my untuk maklumat lanjut.


 

Perkembangan Permohonan e-Timur Tengah KPM

- Keputusan permohonan atas talian e-Timur Tengah KPM akan dimaklumkan secara berperingkat bermula 17 April 2015 (Jumaat) sehingga 20 April 2015 (Isnin). Maka pada 21 April 2015 (Selasa) dijadualkan kesemua permohonan telah pun dikemaskini keputusannya.
Sila rujuk status permohonan anda di laman http://app.moe.gov.my/timurtengah/logMasuk.php ;
- Permohonan ke Timur Tengah tahun ini mencecah 5000 permohon;
- Pemohon yang memenuhi syarat minima dinasihatkan sebaik-baiknya bertindak menyediakan dokumen untuk serahan kepada pihak KPM sebelum 8 Mei 2015;
- Manakala pemohon yang tidak memenuhi syarat minima berkemungkinan tidak berjaya;
- Pemohon yang mendapat keputusan tidak berjaya, anda tidak perlu menyedikan dokumen untuk serahan kepada pihak KPM;
- Buat masa ini, tiada rayuan untuk pemohon yang tidak memenuhi syarat. Namun pihak AQM menyarankan agar anda menghubungi pihak KPM di talian 03-8870 6627 / 6226 untuk mengetahui perkembangan lanjut.


Pihak AQM mendoakan agar anda berjaya dalam permohonan anda mendapat laluan yang terbaik untuk pilihan masa depan pengajian anda.


 

Harga Passport 2015

Badan Kebajikan Siswa-AQ

Alhamdulillah, barisan AJK Siswa-AQ Kaherah, Zagazig dan Assiut untuk sesi 2014/2015 telah lengkap, dan mereka telah merangka beberapa program sepanjang tahun 2014 dan 2015.

Annual Charity Event



Mini Library Siswa-AQ

Tahniah Kepada Pelajar Yang Telah Menamatkan Pengajian

AQM mengucapkan tahniah kepada para pelajar jurusan:
* Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah (batch pertama 2008 dan kedua 2009),
* Ijazah Sarjana Muda Pergigian dan Surgeri, Universiti Al-Azhar (batch pertama 2009),
* Ijazah Sarjana Muda Farmasi, Universiti Zagazig (batch pertama 2009),
* Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri Universiti Al-Azhar dan Zagazig (batch pertama 2008) kerana telah berjaya menamatkan pengajian anda sekurang-kurangnya selama 5/6 tahun di universiti-universiti tersebut.

AQM amat berbesar hati dengan kejayaan anda semua.
Sesungguhnya segala jerit perih, penat lelah yang anda lalui telah membuahkan hasilnya dan kini masanya untuk melangkah ke episod yang berikutnya di alam kerjaya.
Semoga anda sekalian berjaya dalam bidang yang diceburi serta meneruskan kecemerlangan dalam usaha memartabatkan agama, bangsa dan negara.

"Profesional Bertunjangkan Iman, Berteraskan Ilmu, Bersifat Taqwa dan Beramal Soleh"

 


Video Ucapan Prof Razali - Peperiksaan Akhir 2014

 

Mesyuarat bersama Bahagian Education Malaysia - JPT

Mesyuarat bersama EM JPT

Pada Jumaat 11 April 2014, satu mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Ibn Zahar 1, Bahagian Education Malaysia - Jabatan Pengajian Tinggi antara pihak EM dan konsultan pendidikan ke universiti-universiti negara Timur Tengah.

Pihak AQM amat berbesar hati dengan penganjuran mesyuarat tersebut dan beberapa perkara telah disepakati dan diberikan penjelasan.

Di dalam mesyuarat tersebut, pihak EM memberi kepastian bahawa pihak AQM tidak terlibat dengan kes penipuan sijil SPM seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak lain sebelum ini. Alhamdulillah.

Pendaftar AQM juga diberi peluang menjelaskan tentang usaha menaik-taraf status pengiktirafan fakulti-fakulti di Universiti Assiut.


Secara dasar, mesyuarat tersebut amat positif dan kerjasama erat akan diperkukuhkan di masa hadapan.